top of page
About
Slide3.JPG

Apa itu mhpss?

   Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) atau Sokongan Kesihatan Minda dan Psikososial merujuk kepada sokongan dalaman mahupun luaran yang bertujuan melindungi dan meningkatkan kesihatan psikososial atau mencegah dan merawat kecelaruan minda. Sokongan ini meliputi intervensi kesihatan, pendidikan mahupun intervensi yang melibatkan komuniti setempat. Masalah MHPSS terdiri daripada masalah sosial, ketegangan emosi, kemurungan,  post traumatic stress disorder (PTSD), psikosis, penyalahgunaan dadah dan alkohol serta kecacatan intelektual. MHPSS melibatkan aktiviti yang dapat meningkatkan keupayaan individu yang mengalami tekanan akibat jangkitan COVID-19 dan merawat kecelaruan minda.

   MHPSS in Disaster merangkumi sokongan individu bagi melindungi atau meningkatkan kesihatan mental dan psikososial ketika mengalami bencana, krisis, epidemik, pandemik mahupun ketika penularan wabak dan merawat masalah minda yang bercelaru. Sokongan psikososial juga membantu individu dan komuniti merawat kesan psikososial dan membina semula fungsi masing-masing selepas mengalami krisis mahupun bencana. Ia juga merujuk kepada hubungan langsung antara individu dan aspek keseluruhan dalam entiti sosial  terutama kepada petugas kesihatan. Salah satu komponen utama adalah pencegahan dan rawatan masalah psikiatrik sepeti kemurungan, keresahan dan post- traumatic stress disorder (PTSD).

Image by Jude Beck
2.jpeg
QR CODE PUI & PUS_001.png

faq kesihatan mental

Contact

KEMURUNGAN

Kemurungan adalah penyakit yang dicirikan dengan rasa sedih yang berpanjangan hilang minat terhadap aktiviti yang digemari, disertai dengan ketidakupayaan untuk menjalankan aktiviti harian sekurang-kurangnya selama 2 minggu”

CARA MENJAGA KESIHATAN MENTAL

“Tempoh kawalan pergerakan mungkin membawa impak kepada produktiviti yang belum pernah anda alami.”

PANDUAN BAGI BANTUAN MASALAH KESIHATAN MENTAL

8.jpeg
1.jpeg

DIBAWAKAN OLEH

kkm.webp

DENGAN KERJASAMA

3.jpeg
bottom of page