faq KESIHATAN MENTAL
KEMURUNGAN
-
Apakah itu kemurungan?
-
Kemurungan adalah penyakit yang dicirikan dengan rasa sedih yang berpanjangan hilang minat terhadap aktiviti yang digemari, disertai dengan ketidakupayaan untuk menjalankan aktiviti harian sekurang-kurangnya selama 2 minggu
-
Kemurungan boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa
-
Kemurungan boleh dicegah dan dirawat
2. Tanda-tanda penyakit kemurungan
-
Hilang minat terhadap aktiviti harian
-
Hilang tumpuan terhadap pekerjaan
-
Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari.
-
Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
-
Rasa tidak tenteram dan mudah marah
-
Gangguan tidur, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur
-
Perubahan selera makan / kurang selera makan
-
Peningkatan atau pengurangan berat badan
-
Rasa bersalah yang keterlaluan
-
Merasakan diri tidak berguna
-
Putus harapan
-
“Rasa lebih baik mati” kadangkala disertai dengan cubaan membunuh diri
3. Apa yang anda boleh lakukan jika anda mengalami kemurungan
-
Bercakap dengan seorang yang anda percaya (keluarga atau rakan rapat) tentang perasaan anda. Kebanyakan orang merasa lega selepas berbicara dengan orang yang mengambil berat terhadap mereka.
-
Dapatkan bantuan professional. Mulakan dengan anggota kesihatan atau doktor berdekatan anda
-
Teruskan dengan aktiviti yang anda suka semasa anda sihat.
-
Amalkan rutin senaman,walaupun sekadar berjalan atau naik tangga.
-
Kekalkan tabiat pemakanan dan tabiat tidur yang biasa.
-
Elakkan diri dari pengambilan bahan terlarang.
-
Sertai kumpulan sokongan. Anda boleh saling membantu untuk pemulihan
-
Jika ada niat untuk membunuh diri,hubungi seseorang untuk mendapatkan bantuan.
Ingat! dengan bantuan yang sesuai, anda akan semakin pulih.
4. Apa yang anda perlu tahu untuk mencegah kemurungan
-
Ketahui penyakit anda
-
Bertenang dan sentiasa bersikap positif
-
Tahu punca stress anda dan belajar menangni stress dengan efektif
-
Rancang kewangan anda
-
Amal gaya hidup sihat
-
Menyertai aktiviti yang membuatkan anda gembira contoh: bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti keagamaan atau sosial
-
Tingkatkan aspek spiritualiti dalam diri
CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN MENTAL SEMASA COVID-19
Berikut adalah nasihat yang kami harap anda dapat berguna.
1. Uruskan Jangkaan anda (Manage your expectations) - tempoh kawalan pergerakan mungkin membawa impak kepada produktiviti yang belum pernah anda alami. Kesukaran memfokus dengan motivasi yang rendah adalah masalah kognitif dan emosi yang biasa pada waktu ini. Jangan risau dan mengambil situasi ini secara serious terhadap diri anda , adaptasi akan mengambil masa.
2. Uruskan stres anda secara proaktif –
-
Praktikkan rutin tidur yang sihat seperti elakkan menggunakan talipon bimbit atau gadjet sebelum tidur
-
Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
-
Bersenam kerana ia dapat mengawal emosi
-
Jaga Kebersihan Diri
-
Jahui pengambilan arak dan dadah
3. Amalkan rutin harian - Ini membantu menguruskan kebimbangan, dan akan membantu anda untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat kepada realiti semasa ini. Wujudkan perbezaan yang jelas antara masa kerja dan waktu tidak bekerja.
4. Bersabarlah dengan diri anda sendiri dan dengan orang lain- Terutama sekali apabila terdapat ahli keluarga atau diri anda yang dijangkiti virus COVID 19. Jangan stigmakan perkara ini.
5. Kekalkan hubungan sosial dalam waktu pengasingan fizikal; Hubungan sosial adalah penting. Sekiranya pergerakan anda disekat, selalu berhubung dengan orang yang berdekatan dengan anda melalui telefon dan saluran dalam talian media sosial.
6. Mengurus ketidakpastian di masa kini - elakkan menerima segala maklumat dari laman web atau media social, fokus pada perkara-perkara yang anda boleh mengawal. Cari maklumat terkini pada waktu tertentu dalam sehari
Jangan diskriminasi !
-
Ketakutan adalah reaksi biasa dalam situasi tidak menentu. Tetapi kadang-kadang rasa takut dinyatakan dengan cara yang menyakitkan hati orang lain.
-
Berbuat baik. Jangan membeza-bezakan orang kerana ketakutan anda terhadap penyebaran COVID-19.
-
Jangan membeza-bezakan orang yang menurut anda mungkin mempunyai coronavirus.
-
Jangan diskriminasi pekerja kesihatan. Pekerja kesihatan wajar menghormati dan berterima kasih kepada kami.
-
COVID-19 telah mempengaruhi orang dari banyak negara. Jangan mengaitkannya dengan kumpulan tertentu.